Tuesday, 16 May 2017

KENCING MANIS SEMASA HAMIL ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM)

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi atau dalam bahasa inggerisnya GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM).  Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.





Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

* mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;

* membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi. 

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Ikuti testimoni salah seorang ibu hamil yang mengalami masalah GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) ini ataupun kencing manis ketika hamil.

TESTIMONI PUAN ZETI HAFIZA ZAKARIA
.

[ KENCING MANIS SEMASA HAMIL ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) ] 
Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.
.

Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan. 
.




Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal. Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari. 
.

Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?
.

Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi  (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil. 
.

Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal. Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin. 
.

Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.
.

Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.



Okeh nak beli vitamin shaklee boleh roger kak eqin ya.

Dapatkan produk shaklee & konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin

PM | Facebook : Fitriyatul Asyiqin
LIKE | Page : MamaKhalish Shoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com

PENGEDAR SHAKLEE BATU PAHAT COD : kawasan sekitar BATU PAHAT( Parit Raja,UTHM Universiti Tun Hussein Onn, Sri Gading, Pura Kencana, Air Hitam, Kluang ) PENGEDAR SHAKLEE IPOH COD ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)

Pengedar Shaklee Parit Raja
Pengedar Shaklee Batu Pahat 
Pengedar Shaklee Ipoh 
Pengedar Shaklee Kulim 
Pengedar Shaklee Langkawi 
Pengedar Shaklee Melaka 
Pengedar Shaklee Cheras 
Pengedar Shaklee Bangi 
Pengedar Shaklee Nilai 
Pengedar Shaklee Pekan 
Pengedar Shaklee Kuantan 





No comments:

Post a Comment