Friday 16 March 2018

TESTIMONI KULIT MUKA JADI LEBIH SIHAT, JERAWAT HILANG DAN MASALAH USUS HILANG SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE

[KULIT MUKA JADI LEBIH SIHAT, JERAWAT HILANG DAN MASALAH USUS HILANG SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum W.B.T.
 
Saya Siti Suhaida Binti Ismail, berusia 27 tahun dan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya bekerja sebagai Retail Executive di sebuah syarikat swasta. 
.

Masa belajar dulu kulit saya tiada masalah tetapi  berkulit gelap, cemburu melihat model iklan di televisyen yang memakai produk kulit putih seawal 3 hari, saya terus teruja. Saya tekad membeli dan mencubanya. Memang benar kesannya sangat cepat.  
Muka menjadi licin dan menipis, kulit saya tidak tahan panas. Tetapi apabila saya berhenti memakai produk tersebut akibat kekurangan wang, muka saya menjadi semakin teruk, jerawat besar-besar  tumbuh silih berganti  menyebabkan saya menjadi semakin stress.
.

Saya juga  mempunyai masalah dengan sistem penghadaman yang kurang baik. Mungkin  kerana tidak menjaga pemakanan seharian saya yang kebanyakan nya memang tidak sihat. Jadual makan saya memang tidak teratur, dan saya suka minuman berkafein sebagai usaha untuk stay up belajar pada waktu malam.
.

Saya penggemar tegar Nescafe dan kadang2 satu sachet tidak cukup kuat bagi saya. Kehidupan sebagai pelajar saya anggap normal jika makan Maggi dan Nescafe, akibat terlalu sibuk dengan belajar saya biarkan saja masalah itu sampai lah satu ketika saya disyaki mengalami masalah dalam usus kerana berlaku pendarahan ketika membuang  tetapi  tidak sakit. 
.

Perut saya menjadi sangat sensitive dengan makanan yang saya makan, saya tidak boleh makan pedas walaupun sedikit dan sembelit yang teruk. Mungkin terlalu stress dengan keadaan diri, hormone saya menjadi tak stabil, jerawat semakin naik penuh dimuka dan period saya menjadi tidak stabil.
.

Saya mula ikhtiar ingin mencuba Shaklee dengan  mengambil ESP, dan Vitamin C secara konsisten  namun jerawat masih tidak berhenti naik dan mula menambah B-Complex, Gla dan Alfalfa untuk menstabilkan hormone dan merawat masalah jerawat saya..
.

Alhamdulillah masalah jerawat saya dah berkurang, period dah okay dan sekarang saya langsung tiada masalah usus lagi.  
Bagi adik-adik di luar sana, saya sarankan tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen kerana tiada produk yang mampu member kesan  seawal 3 hari melainkan produk tersebuk mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Bagi mereka  yang mempunyai masalah jerawat yang serius, rawat lah dari dalaman dahulu dan cari skincare yang berasaskan dari bahan semujadi. Inilah Shaklee Effect saya.  




Testimoni Set Berpantang Shaklee

TESTIMONI 014 : DR. NAJIHAH ABDUL MUTALIB

Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee. 

Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.

.

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini) 

.

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya. 

.

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut. 

.

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. 

.

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

.

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan. 

.

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.
.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan. 

.

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!


Testimoni Sakit Tapak Kaki Sembuh Dengan Mengamalkan Ostematrix Shaklee


Assalamualaikum, 

Saya Nor Hawana Mohd Tahir, berusia 33 tahun. Kisah Saya bermula dengan OSTEMATRIX Shaklee. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta..dah cinta terus tangkap sayang. 
.

Begitulah ibaratnya kisah Saya bersama Shaklee. Hanya membaca testimoni seorang Doktor yang mengamalkan OSTEMATRIX Shaklee untuk masalah sendi, hati terus terpaut.
.

Sebenarnya Saya mengalami masalah tapak kaki yang boleh dikatakan kronik juga semasa berpantang anak kedua. Setiap kali bangun pagi, mesti sakit terincut-incut bila nak berjalan pijak lantai. Saya beranggapan mungkin kesan daripada proses berpantang anak kedua. 
.

Kekurangan kalsium barangkali. Jujurnya sewaktu proses kehamilan anak kedua Saya memang culas minum susu. Situasi ini berulang hampir setiap hari. Secara tak langsung ia sangat mengganggu aktiviti harian Saya. Apa yang boleh Saya gambarkan saat itu ialah seperti berjalan diatas bara api.  
.

Saya sebenarnya cukup takut nak mencuba sebarangan supplemen ni. Tapi disebabkan tapak kaki yang terlalu sakit dan hasil kajian Saya ke atas setiap testimoni yang SID kongsikan di facebook  dan google… akhirnya Saya tawakkal beranikan berjumpa dengan senior Sekolah menengah Saya iaitu Puan Hartini Badri seorang SID berjaya. 
.

Tanpa fikir panjang saya terus jadi ahli dengan membeli OSTEMATRIX dan MEAL SHAKES. Ketika itu Mealshakes ada promosi jadi saya belikan untuk anak sulong yang mengalami masalah berat badan dan kurang selera makan.
.

Alhamdulillah, berkat konsisten pengambilan OSTEMATRIX selama dua bulan..tapak kaki Saya dah tak sakit lagi. Saya dapat bangun tidur dengan gembira tanpa risau untuk memijak lantai. Syukur sangat!!sehingga ke hari ini, kalau tertinggal nak telan OSTEMATRIX pun kaki Saya takkan rasa sakit yang berlarutan. Benarlah bagai dikata, vitamin bukan ubat...sebaliknya ia adalah pelengkap nutrisi seharian.
.

Sedikit demi sedikit makin bertambah produk Shaklee yang Saya cuba antaranya ESP dan Vitamin C 500mg. Bukan sahaja Saya yang mendapat kesan terbaik dari pengambilan supplimen Shaklee, tetapi anak kedua Saya yang berusia 2 tahun 8 bulan pun turut terkena tempias vitamin yang Saya ambil melalui susu badan. 
.

Berat badannya akan naik setiap kali temujanji di Klinik. Graf BMI pun cantik kalau nak dibandingkan dengan kakaknya dahulu. Dan yang paling ketara warna kulitnya semakin cerah berbeza sewaktu kelahirannya. Syukur sangat.
.

Terima kasih Allah, Terima kasih Shaklee.

Benda baik tak elok didiamkan, jadi buat korang yang mengalami situasi macam Saya, masih tercari-cari produk apa nak makan, produk apa nak amal..Nah Korang patut cuba vitamin dari Shaklee. Serius…kesannya sangat luar biasa. Cuba tau.. Sekian..

I Love Shaklee :)


Testimoni Stroke Sembuh Dengan Mengamalkan Vivix Shaklee



Assalammualaikum..

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
.

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee...

(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Sila like dan share cerita saya ni supaya dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah yang sama. 



TESTIMONI SAKIT TUMIT KAKI, KEJANG KAKI DAN LENGUH-LENGUH BADAN BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE



[SAKIT TUMIT KAKI, KEJANG KAKI DAN LENGUH-LENGUH BADAN BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.




Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum W.B.T

Hai semua, saya Zainah Mukhtar. Kali ni saya nak share pengalaman saya sendiri yang dah mengamalkan supplemen Shaklee sejak tahun 2014 . Supplemen pertama yang buat saya jatuh cinta dengan produk Shaklee adalah Ostematrix. Ostematrix ini adalah supplemen kalsium.
.

Saya makan Ostematrix untuk masalah sakit tumit kaki dan lenguh-lenguh badan. Buat pengetahuan semua, sebelum aktif buat bisnes Shaklee, saya memang aktif mengambil tempahan kek dan kuih muih dari rumah atau istilah sekarang dipanggil homebakers la.
.

Aktiviti membuat kuih muih ni memerlukan saya banyak berdiri dan berjaga malam serta menggunakan kudrat yang lebih. Adakala masa banyak mendapat tempahan saya akan mula risau sangat sebab ianya memerlukan saya berdiri lebih lama dan menggunakan kudrat yang lebih! Tidur pun tak cukup...mula la stress sampai boleh menangis.
.

Sakit tumit dan lengguh-lengguh badan ambil masa berhari untuk hilang. Keadaan ini membuatkan saya menjadi stress dan  lemah seluruh badan. Suami pun stress sekali sebab saya jadi badmood bila tak sihat...hehee. Akhirnya banyak tempahan terpaksa saya tolak sebab keadaan badan yang tak sihat dan juga kerana saya tiada pembantu, semua saya buat sendiri.
.

Dipendekkan cerita saya mencuba Ostematrix. Selepas saya lihat banyak sekali testimoni yang dah dikongsikan oleh pengguna shaklee.
.

Saya cuba dan alhamdulillah saya amat terkejut dengan kesan yang saya boleh rasakan dengan cepat sekali. Makan sebelum tidur dan esok pagi dah boleh rasa kesannya. Malah bantu untuk melawaskan juga..best sangat tau.
.

Wow...saya sangat gembira sebab saya dapat tidur yang lena tanpa ada kena  kejang kaki lagi tengah malam.
Lengguh-lengguh badan pun hilang dan rasa lebih ringan. Sakit-sakit pinggang pun dah takde. Suka la suami saya sebab dia dah tak perlu bangun tengah malam untuk urut badan dan kaki saya yang selalu kekejangan  ni..hehe
.

Saya juga mengambil Garlic Complex Shaklee untuk kesan yang lebih wow atau lebih baik. Saya diberitahu Garlic Complex sangat baik untuk membantu membuang angin dalam badan serta dapat bantu mengawal kolestrol selain berfungsi sebagai antibiotik semulajadi.
.

Ternyata pilihan saya untuk mencuba Ostematrix dan Garlic Complex tidak sia-sia.Saya dapat rasakan keberkesanannya dan menjadi pilihan saya juga sebab ianya dijamin SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI.
.

Saya hanya berikhtiar dengan suplemen Shaklee,penyembuhan adalah hanya dengan  izin Allah jua. 
.

Saya tahu kat luar sana ramai yang ada masalah seperti saya, terutamanya kaum wanita. Jadi jangan tunggu lagi, jom cubalah amalkan Ostematrix dan Garlic Complex Shaklee  ni ya. Tak rugi mencuba...percayalah!

Terima kasih Shaklee untuk produk yang sangat awesome ni.