Monday, 1 August 2016

Alhamdulillah Allah Uji Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum semua.

Lamanya bersawang kat sini.

Alhamdulillah eqin kembali.

Harini permulaan baru bulan baru.

Eqin nak kongsikan dengan pembaca semua pengalaman-pengalaman eqin saat hadapi ujian anak kesayangan Adam Khalish demam panas sampai tarik dan warded di hospital.

Eqin tau Allah swt bagi ujian tu setanding dengan kemampuan hambaNya kan.

Permulaan adam kena tarik nih masa berumur setahun 3bulan.

Masa kena suhu 39° C .

Padahal baru balik dari Pusat Perubatan Ar-rizuan. Belum sempat bagi ubat ke adam tengok2 dah tarik. Memang silap mama n papa sangkakan bagi adam rehat dan tido dulu TAK JERLUM!!! Masa nih pertama kali kena memang papa kelam kabut bawak turun adam yg masa nih dah biru2 muka dah kejang pun. Mujur eqin ada baca jgk apa tindakan yang perlu diambil bila hadapi situasi anak kena tarik nih. Huhu.


Gambar nih masa adam kat kecemasan. 

Ibu bapa manalah yang tak kalut dan risau kan.

Bertambah risau bila doktor cakap bila dah kena sekali peluang kena lagi tarik nih 80% akan berulang apabila demam suhu yang tinggi.

Tapi alhamdulillah lama ianya tak berulang eqin syukur sangat.

Tapi mimpi ngeri dan trauma kami suami isteri datang lagi bila bermula bulan disember 2015 adam demam lagi dan simptom seperti nak tarik berlaku. Masa nih kami anak beranak semua balik bercuti dikampung batu pahat.

Jadinya adam dibawa ke kecemasan sekali lagi. Doktor pantau lagi. Demam kebah hanya sehari saja demam adam.


Ni gambar kat ward hospital Batu Pahat

Masa nih hero mama dah besar dah. Macam-macam dah pandai.

Lepas sihat je adam terus boleh keluar ward.

Alhamdulillah. Kami sangka adam makin kuat tapi bulan januari adam demam lagi.

Masa nih duduk tengok tv dengan eqin,eqin tengok adam macam lemah tak bermaya. Masa nih memang tak tarik lagi.

Segera bawak adam ke kecemasan dan kena warded lagi adam. Tapi sedihnya petang hari pertama warded tu adam kena tarik lagi depan doktor yang sedang merawat adam. Syahdu sungguh hati mama nih sayang.

Bulan 2 adam masih demam tapi masa nih tak tarik

Bulan 3 pun adam demam dan sekali tarik masa nih ikut mama n papa join supermom teambuilding kat Port Dickson. Memang kelam kabut mencarik hospital. Dan terima kasih kat mami tinie sayang banyak tenangkan kami suami isteri.

Bulan 4 tak demam

Bulan 5 tak demam

Bulan 6 adam demam semula dan masa nih pun tarik masa masanih pun kat batu pahat.

Bulan 7 demam masa hari raya pertama alhamdulillah mama kawal suhu betul-betul dan tak tarik.

Pertengahan bulan 7 nih pulak adam mengadu sakit kepala pulak. Petang esoknya mengadu sakit telinga. Eqin kalutlah dengan suami  bawak adam ke hospital terus rujuk pakar ENT.  Macam-macam procedure dibuatnya dan berakhir dengan telinga adam dicuci dan adam kena bius penuh masa nih masuk dewan bedah.

Allahuakbar sayang kecik lagi adam madam-madam pengalaman hidup dah kamu lalui sayang.

Kawan-kawan eqin banyak sangat bagi semangat. Kata mereka adam selalu sakit nak bina imunisasi badan yang lebih kuat. Doa-doa begitulah hendaknya.

Follow up dengan pakar ENT lagi 2 minggu lagi. Sekarang sambung ubat titis dan antibiotic pun habiskan.

Lihat pada ujian yang Allah bagi pada kita,kita sangka diri kita cukup susah cukup berat ujian Allah bagi. Tapi terselit pengajaran yang banyak sekali eqin dapat setiap kali warded dan jaga adam di hospital. Nikmatnya bersyukur. Nikmatnya redha. Benda nilah ulang-ulang papa adam cakap dan bisik pada eqin. Jumpa ibu-ibu hebat di hospital macam-macam ujian lagi hebat mereka diuji.

Allah uji tanda Allah sayang kan..


Ceria je anak manja mama papa nih walau telinga tengah sakit masa nih.


Kawan-kawan eqin semua doakan anak eqin Adam Khalish bin Abdul Latif diberikan kesihatan yang baik jauh dari penyakit yang berbahaya ya. Aminnn Ya Allah..Terima kasih semua.

Sampai sini lah dulu hehe panjang pulak ceritanya harini kan.

Semoga jumpa kita entry yang lain pula ya.

Terima kasih sudi luangkan masa baca.

Kalau sudi korang kongsikan siapa yang ada pengalaman macam eqin jugak eqin sangat hargai.

InsyaAllah kita bertemu di lain entry pulak ok.




9 comments:

  1. Allah uji sebab Allah sayang kan. Mama kena kuat k, Adam kuat insyaAllah. Mentara nak besar.��

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mama kuat. Sementara nak besar kan mami syg..

      Delete
  2. moga adam terus sihat dan ceria lepas ni..

    ReplyDelete
  3. Semoga Eqin tabah harungi dugaan ini. Semoga Adam cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. Yang terkini, apa cerita ttg Adam, Eqin? Semoga Anak kesayangan Eqin semakin kuat dan sihat. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu lagi seminggu nak follow up telinga adam infection. Dan doa2 sangat demam tak berulang bulan nih. Amin.. dah refer pakar semua kata mereka sebab tonsil je. InsyaAllah mudahan adam sihat sentiasa. Aminnn tq kak nas doakan..

      Delete
  5. Saya lebih memilih untuk menggunakan beberapa fitur dari blog anda yang dipasang pada di blog saya apakah Anda tidak keberatan. Tentu saja aku akan memberikan link di blog web Anda. Terima kasih telah berbagi.
    cara mengobati radang usus
    cara mengobati batu empedu
    cara menyembuhkan nyeri dada tengah

    ReplyDelete