Eqin doakan semua sihat sentiasa dirahmati Allah swt.
Harini Eqin nak kongsikan tentang kenapa pentingnya amalan pemakanan yang sihat dan kenapa kita perlu buat detox untuk tubuh badan kita.
Dengan cara kita mengamalkan amalan hidup yang sihat ianya salah satu cara terbaik mencegah penyakit.
Hidup sihat boleh dimulakan dengan cara memerhatikan pengambilan makanan seharian kita.
Amalan makan yang betul dapat menjamin jumlah kalori yang secukupnya masuk di dalam badan kita.
Detox contohnya dapat membersihkan tubuh badan kita dari racun dan toksin yang terkumpul sejak sekian lamanya.
Ikutlah usia korang sekarang. Macam Eqin sendiri dah 29tahun hidup makan pun main makan je dan hasilnya memang nampak sangat kenapa perlukan detox nih . Nanti Eqin akan kongsikan di entry seerusnya.
Detox ni sangat penting untuk pastikan tubuh badan kita bebas dari racun, bahan kimia serta parasit dan membuatkan kulit lebih sihat dan kelihatan awet muda bonus lagi kurus dan berat turun dengan banyak tanpa yo-yo effect.
Detox juga membuatkan seseorang itu mampu meningkatkan kualiti hidup mereka tanpa bergantung kepada ubat-ubatan.
Ok sekarang jom kita ketahui jenis-jenis detox yang biasa diamalkan masyarakat hari ini.
5 JENIS DETOX
1) DIET DAN DETOX
Makanan yang dimakan adalah pertahanan pertama tubuh badan kita daripada serangan toksin.
Dengan mengawal pengambilan makanan (apa yang masuk ke dalam mulut), kita dapat mengelakkan sejumlah besar toksin yang masuk ke dalam badan.
Terdapat 10 jenis makanan yang boleh membantu dalam prose's Diet Detox iaitu epal,avokado,articok,ubi bit,bawang putih,buah kiwi,buah prun,rumpai laut,selada air, dan sayuran dari keluarga kubis seperti brokoli ,kubis bunga,kubis bulat,touge Brussels dan seumpamanya.
Korang juga boleh minta semangat keluarga sama-sama join detox dan sediakan menu detox yang sedap dan mudah disediakan.
2) SENAMAN DAN DETOX
Kebanyakan orang menganggap senaman adalah salah satu cara untuk membuatkan otot disamping mengurangkan berat kolestrol di dalam badan.
Namun,tidak ramai yang menyedari bahawa senaman dapat menguatkan sistem detoksifikasi dan membuang toksin dalam badan.
2 kategori senaman yang boleh membantu mengurangkan toksin dalam badan adalah
1) Aerobik seperti berlari ,berjalan,berenang dan sukan lain.
2) Senaman ketimuran seperti yoga.
3) DETOX LUARAN
Proses detoksifikasi bukan hanya daripada dalaman sahaja tetapi boleh juga dilakukan dari luar.
Walaupun proses detox secara dalaman seperti diet,senaman dan pemakanan amat penting tetapi apa yang berlaku pada tubuh secara luaran juga memainkan peranan penting.
Menggosok badan,skrub,urutan dan juga rawatan yang menggunakan kaedah pemanasan seperti sauna adalah cara terbaik digunakan bagi mengeluarkan toksin yang terkumpul di dalam badan.
4) AROMATERAPI
Aroma atau bauan amat penting dalam fungsi kesihatan badan. Kajian mendapati bahawa wangian aroma membantu meningkatkan tenaga,menajamkan pemikiran,meningkatkan libido dan membuatkan minda. Terdapat lebih kurang 400,000 jenis bauan aromaterapi yang boleh digunakan untuk mendapatkan respons atau reaksi tubuh.
Dalam proses Detox , minyak pati aromaterapi digunakan untuk mengaatasi simptom toksin di dalam tubuh badan. Caranya, ia boleh digunakan sebagai bauan aromaterapi di rumah atau sebagai minyak pati untuk urutan serta mandian.
Antara bauan aromaterapi untuk detox adalah angelica,lada hitam,cypress,bunga adas (fennel),geranium ,limau gedang,juniper,lemon ,mandarin dan nilam. Wah terbau-bau aroma wangi nya tu menusuk hidung.
5) SUPPLEMEN
Set Detox Shaklee |
Sesetengah herba,vitamin dan beberapa jenis supplemen boleh diambil untuk membantu meningkatkan khasiat dan fungsi makanan-makanan yang dimakan dengan lebih berkesan dalam proses detox.
Dalam entry berikutnya Eqin akan terangkan tentang fungsi supplemen detox secara terperinci.
Boleh tengok dulu video nih untuk penerangan ringkas tentang set detox Shaklee
Ok selamat ber detox semua dan tampil sihat,kurus dan awet muda!
Wow aromaterapi pun penting semasa proses detoks rupanya, terima kasih info👍
ReplyDelete