Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua.
Eqin doakan semua sihat sentiasa dirahmati Allah swt.
Lama dah bersawang blog nih.
Kalini Eqin nak kongsikan amalan hidup yang tengah viral sekarang nih di kalangan pengedar Shaklee iaitu detox.
Korang perasan tak kat Facebook sejak kebelakangan nih mana-mana pengedar Shaklee yang ada dalam senarai friendlist korang tu asyik-asyik update menu detox diorang kan. Selang minggu selesai proses detox maka keluarlah pulak berbondong-bondong testimoni badan dah kurus kulit dah cantik hasil ber detox.
Fuhhhh jeles tak? Kita berdiet ikat perut pun tak kurus-kurus kan. Bukan korang lah tu Eqin . hihi
Itu cara Eqin dulu nak kurus tapi tahan lapar. Memang seksa kot.
Tapi tengok geng-geng detox nih punya menu diorang memang menyelerakan sangat.
Sini Eqin kongsikan menu detox cara Shaklee.
Bagaimana Detox Cara Shaklee
7 Hari Menu Detox Yang Cepat dan KENAPA?
----------------------------
-----
HARI PERTAMA FIBER
-----
Sajian SALAD & BUAH
Semua sayur HIJAU BERDAUN sahaja dan
buah sebiji (contoh epal)
Pagi dan Tengahari makan mentah
Malam makan sayur buat stim
KENAPA?
Untuk buang solid waste dan regulate bowel movement (sistem hadaman dan buangan badan jadi normal)
-----
HARI KE-2 SUP
-----
Sajian SUP SAYUR
3kali makan sup sayur
HIJAU BERDAUN & tidak BERDAUN dengan buah sebiji (contoh epal)
KENAPA?
Badan akan mmgumpulkan khasiat-khasiat sayur
ini dan bergabung untuk buang lemak yang kita tak nak dlm badan! Nak buang lemak ni, kita kena tabah.
-----
HARI KE-3 WARNA-WARNI
-----
Sajian SALAD & BUAH
Campur-campur sayur berwarna yang BERDAUN dan TIDAK BERDAUN bersama buah sebiji (contoh epal)
Siang makan Mentah
Malam makan Stim
KENAPA?
Mengaktifkan enzim DETOX untuk membuang merosakan toksin dan mengelakkan kerosakan teruk lagi pada sel badan disebabkan toksin.
-----
HARI KE- 4 TENAGA
----
SALAD Meal
Makan Raw Sayur yang BERDAUN pada paginya
Kemudian boleh masak sayur tu untuk tengahari dan malam bersama secawan ESP yang diblend dgn buah+susu rendah lemak
ESP FRUIT SMOOTHIE |
KENAPA?
Ia bantu tingkatkan berat badan tanpa lemak! (lean bodymass) dan sekaligus bantu tingkatkan tenaga badan berjam-jam.
-----
HARI KE -5 Vitality
------
ESP FRUITS SMOOTHIES |
|
Ayam / Ikan (tanpa lemak/kulit) setengah tapak tangan (masak stim ke bakar ke) bersama buah dan sayur berdaun / tidak berdaun
KENAPA?
Badan mula reset untuk Fokus Mental dan mengembalikan badan Fizikal cergas!
-----
HARI KE-6
----
Pagi : ESP Fruit Smoothie
Makan Tengahari: Sajian Salad
Sayur Mentah Berdaun + Ayam / Ikan (tanpa lemak/kulit) setengah tapak tangan (masak steam ke bako ke) bersama buah
Makan Malam : Sajian Nasi
Ayam / Ikan (tanpa lemak/kulit) setengah tapak tangan (masak stim ke bako ke) bersama buah dan sayur berdaun / tidak berdaun bersama setengah cawan nasi!
KENAPA?
Kawalan karbohidrat bantu kita kawal berat badan sihat dan kesihatan optimum
-----
HARI KE-7 PERMULAAN YANG SEGAR
----
Pagi : ESP Fruit Smoothie
Makan Tengahari : Sajian Nasi
Ayam / Ikan (tanpa lemak/kulit) setengah tapak tangan (masak stim ke bako ke) bersama buah dan sayur berdaun / tidak berdaun bersama setengah cawan nasi!
Makan Tengahari : Sajian Mee
Ayam / Ikan (tanpa lemak/kulit) setengah tapak tangan (masak stim ke bako ke) bersama buah dan sayur berdaun / tidak berdaun bersama setengah cawan mee
KENAPA
Ready Untuk MULA badan dgn FRESH!
Baru nak mula?
Inilah hari kita mulakan untuk kehidupan baru setelah kita detox seminggu lalu.
Detox adalah buang toksin dalam badan.
Selepas melalui proses detox, maka, badan bebas toksin dan bertenaga untuk kembali normal dan mula menerima nutrisi dengan baik.
Namun, kita tidak dapat elak drpada toksin-toksin di persekitaran kita.
Jadi,untuk kekalkan badan sihat, kita perlulah
1. Gaya hidup sihat dan kawal stress
2. Makan pada kalori yang terkawal elakkan makanan segera , banyakkan fiber, sayur, buah
3. Bersenam untuk cergas
4. Buat detox lagi lain kali kalau mengalami masalah stress, angin dan macam-macam yang tak best pada badan, emosi, mental, fizikal!
Ramai Nak kurus sebelum raya tiba, mulakan detox hari ini!
No comments:
Post a Comment