Kekejangan otot kaki apabila berlaku sukar sekali digambarkan kesakitannya. Serba-serbi tidak kena.
.
Biarpun kaki cuba diluruskan pada kedudukan yang melegakan,sakitnya masih terasa. Malah bertambah teruk jika salah buat gerakan.
.
Keadaan ini dikenali sebagai simpul mengkarung atau simpul biawak. Setiap kali ia berlaku anda pasti berasa tidak selesa terutamanya ketika hamil.
.
Tindakan segera 6 Cara Untuk Atasi Masalah Kekejangan Otot Atau Simpul Mengkarung Ketika Hamil
1. Cuba meregangkan otot. Luruskan kaki,perlahan-lahan bengkokkan bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah anda.
2. Sendi lutut perlu lurus. Sekiranya bersendirian,anda boleh membongkokkan badan,capai jari-jari atau ibu jari kaki. Tarik jari tersebut ke arah anda dengan sendi lutut pada keadaan lurus.
3. Sekiranya bersama pasangan,anda boleh meminta suami agar perlahan-lahan menolak jejari kaki tersebut ke arah anda . Apabila melakukan perkara ini,anda akan berasa sakit pada awalnya,kemudian ia beransur-ansur hilang.
4. Anda juga boleh mengurangkan kekejangab tersebut dengan mengurut bahagian otot betis perlahan-lahan. Sekiranya masih tidak berjaya,bangun dari katil dan lakukan aktiviti berjalan selama beberapa minit.
5. Minum air yang mencukupi. Minum air untuk memastikan diri sentiasa terhidrat. Perlu peka dengan warna air kencing. Jika berwarna kuning pekat biasanya menandakan anda tidak mengambil air yang cukup.
6. Mengambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C ,magnesium,potassium,dan kalsium. Pisang kaya dengan potassium. Ianya membantu mengurangkan kekejangan otot.
No comments:
Post a Comment