Saturday 6 May 2017

10 Cara Mengawal Dan Stabilkan Tekanan Darah Tinggi Bagi Ibu Hamil

Ibu hamil yang mengalami tekanan darah tinggi sangatlah bahaya bagi ibu juga bagi anak yang dikandungkan.

Banyak risiko antaranya Pre-eklampsia dan juga risiko bayi lahir pra-matang.

Selain menggunakan preskripsi ubat-ubatan,anda juga boleh menggunakan cara alternatif bagi menurunkan tekanan darah. Pelbagai cara dan petua tradisional daripada generasi mak nenek moyang kita terdahulu juga boleh dicuba untuk turunkan tekanan darah tinggi bagi ibu hamil ni.






Walaupun ianya tradisional,iaitu tidak melibatkan bahan kimia dan dadah,anda ibu hamil yang alami tekanan darah tinggi masa hamil dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan doktor sebelum mencuba kerana khuatir ia akan mengganggu perkembangan janin dan kesihatan anda.


Kak Eqin kongsikan 10 Cara Mengawal Dan Stabilkan Tekanan Darah Tinggi Bagi Ibu Hamil


1.
Ambil jus segar campuran belimbing dan epal hijau pada waktu pagi dan malam.





2. Saderi juga boleh menurunkan tekanan darah. Ambil sebagai snek atau ulam. Kisar 4batang saderi dengan sebiji epal hijau untuk dijadikan jus dan minum.



3. Air kelapa dalam kuantiti sederhana (1-2 gelas) setiap hari boleh bertindak meredakan tekanan darah tinggi ibu hamil. Tetapi elakkan air kelapa pada trimester pertama untuk mengelakkan keguguran.





4. Jus ekstrak delima boleh menurunkan tekanan darah. Ambil dalam kuantiti kecil.





5. Amalkan membaca Al-Quran bagi ibu yang beragama islam setiap hari ,berupaya mengurangkan dan stabilkan tekanan darah ibu hamil. Jika terdapat kekangan masa,dengarkan bacaan Al-Quran menggunakan telefon pintar atau ketika bekerja dan memandu.




6. Amalkan memakan satu hingga 2 biji pisang sehari. Elakkan pisang jika anda ibu hamil yang ada diabetes.





7. Kismis dan bijirin oat juga boleh dimasukkan dalam menu harian untuk kawalan tekanan darah bagi ibu hamil yang berkesan.






8. Madu juga memiliki kesan melenturkan pembuluh darah dan membantu mengurangi tekanan darah dari jantung. Minum 1 atau 2 sudu makan madu semasa perut kosong. Elakkan petua ini jika anda mempunyai diabetes.





9.
Tembikai boleh dimakan setiap hari sebagai snek. Selain itu,ambil sebanyak 2 sudu biji tembikai dan boleh meredakan tekanan darah tinggi ibu hamil. Keringkan ia dan kisar halus. Masukkan ke dalam air masak dan minum.




10. Mengamalkan suplemen yang sesuai juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Ini kerana apa yang kita makan tidak diserap sepenuhnya oleh badan.

Kekurangan vitamin dan nutrisi mungkin boleh menyebabkan ibu letih dan penat sehingga mempengaruhi tekanan darah. Pengambilan suplemen yang sesuai untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ketika hamil ialah:

* Asid lemak Omega 3


Omega-3 adalah asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan namun sangat diperlukan dan memang perlu diambil daripada sumber luar. Asid lemak ini berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu melicinkan perjalanan darah. Secara tidak langsung dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga mengelakkan pembentukan darah beku dan menurunkan paras kolestrol yang turut menjadi punca tekanan darah tinggi.



* Kalsium dan magnesium 


Kedua-dua mineral ini diperlukan oleh ibu mengandung bukan sahaja untuk pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat,tetapi magnesium juga berfungsi untuk mengawal pengecutan salur darah dan mengelakkan salur darah menyempit.


Okeh nak beli vitamin shaklee boleh roger kak eqin ya.

Dapatkan produk shaklee & konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin

PM | Facebook : Fitriyatul Asyiqin
LIKE | Page : MamaKhalish Shoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com

PENGEDAR SHAKLEE BATU PAHAT COD : kawasan sekitar BATU PAHAT( Parit Raja,UTHM Universiti Tun Hussein Onn, Sri Gading, Pura Kencana, Air Hitam, Kluang ) PENGEDAR SHAKLEE IPOH COD ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)

Pengedar Shaklee Parit Raja
Pengedar Shaklee Batu Pahat 
Pengedar Shaklee Ipoh 
Pengedar Shaklee Kulim 
Pengedar Shaklee Langkawi 
Pengedar Shaklee Melaka 
Pengedar Shaklee Cheras 
Pengedar Shaklee Bangi 
Pengedar Shaklee Nilai 
Pengedar Shaklee Pekan 
Pengedar Shaklee Kuantan 

1 comment: