Sunday 27 November 2016

Review Filem Cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Okay kalau korang ada anak-anak kecil macam eqin sendiri mesti teruja juga nak bawa anak tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng nih kan. Memang teruja sejak diiklankan bakal ditayangkan November memang ternanti-nanti sangat.

       

Teruja sangat nak kongsi dengan korang semua pengalaman kami bawa Adam Khalish tengok wayang harini buat pertama kalinya. Sebenarnya boleh kata kali ke 2 lah lepas tengok 3D short movie di Petrosains haritu. Tapi exactlynya ni memang first time Adam Khalish punya experience masuk panggung wayang yang hall dia memang besar dan adam khalish memang nampak seronok sangat.




Oklah sini eqin share sikit sinopsis kisah filem cerita Upin ipin Jeng Jeng Jeng nih.

Sinopsis Filem Cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng


Aqish ialah seorang anak yatim yang setia meminati Upin dan Ipin, suka melukis dan menggantung gambar Upin dan Ipin, bahkan suka berangan-angan berkawan dengan watak-watak Upin dan Ipin. Pada suatu hari, nasib malang melanda Aqish apabila rumah anak yatim dan tanah yang didudukinya bakal dijual kepada pihak luar, memungkinkan Aqish kehilangan tempat untuk bergantung. Duka Aqish begitu menyentuh perasaan sehingga watak-watak Upin dan Ipin dalam lukisan pun terasa dan mereka pun muncul ke dalam dunia Aqish dalam bentuk watak hidup untuk menghiburkan dan menemani Aqish dalam menghadapi dugaan



Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 24 November 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali
Pengarah: Erma Fatima, Hajah Ainon Ariff
Format: 2D


&

Review Filem Cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Ok kalau dari review kami dengan tengok gelagat adam khalish teruja sangat masa menonton cerita upin ipin jeng jeng jeng nih sangat berpuas hati.

Dengan lakonan mantap dari balqis yang sangat pandai bawa wataknya.



Lagipun adam khalish memang dah pernah tengok drama lakonan yang mana drama ada lakonan 'kakak aqish' nih.

Dan environment dalam kisah cerita nih dipenuhi watak kanak-kanak yang sedang bermain sangat membawa anak-anak nih ke alam nyata mereka sekarang.

Dan animasi yang diguna pakai pun sangat berkesan sampai nampak real bila kemunculan upin ipin tu.

Tapi secara keseluruhannya, kami sendiri rasa hambar pada permulaannya bila tengokkan adam khalish dari awal cerita ditayangkan asyik bertanya mana upin ipin mana upin ipin.

Dan kami sendiri yang tak sabar menanti kemunculan upin ipin dan kisahnya belum berakhir kami dah boleh tau apa pengakhiran kisah nih.

Jadi itulah review ikhlas dari eqin.

Memang rasa teruja tu tapi rasa watak upin ipin nih hanya sekadar watak pembantu sahaja yang mana kemunculannya hanya sekejap-kejap sahaja siap anak-anak dalam panggung wayang tadi boleh bangun dari kerusi masing-masing duk bermain tepi tangga beramah mesra pula sesama rakan sebaya. Haha. Nampak sangat diorang boring kan.

Bila ada je watak upin ipin keluar barulah masing-masing excited kembali fokuskan mata masing-masing di skrin.

Di pengakhiran filem nih, ada preview tentang Upin The Movie yang bakal ditayangkan pada tahun depan 2017.

Memang yang nih sangat teruja sebab ianya kisah berkaitan upin ipin sendiri dan rakan-rakan.

Oklah kesimpulannya eqin nak bagi 3.5 ★ dari 5 ★ .

Selamat Menonton Semua...

Sekian dulu dari eqin,

Love ♡ MamaKhalish ♡

3 comments:

  1. Moral cerita ni =
    Kita boleh gunakan anak2 yatim utk kepentingan diri sendiri (contoh: bayar hutang along) dgn memaksa depa buat konsert amal (tipu org ramai pun boleh sbb tujuan konsert 'amal' ialah utk bayar hutang along) walopun kita ada Ferrari (yg boleh dijual utk langsaikan hutang).
    Dgn sikap selfish tu juga kita boleh nampak ikhlas menolong dan akhirnya dapat kawin ngan heroine (walopun pada mulanya begitu benci pada kita)
    Senangkan jadi orang kaya yg ada Ferrari? Buli je anak2 yatim ni..

    ReplyDelete