Minggu lepas sempat juga curi sikit masa tunaikan janji nak bawa Adam Khalish pergi jalan-jalan round KL. Last minit planning ke Penang terpaksa di tukar jadi jalan-jalan tour Kuala Lumpur tapi alhamdulillah adam seronok.
Survey punya survey ingat nak bawa pergi kidzania. Tapi usia anakku masihlah terlalu muda plus Adam khalish masa nih takde partner in crime nak buat aktiviti-aktiviti menarik dalam kidzania tu jadinya kami decide bawa adam khalish tour Petrosains.
Dari malam harinya sampai KL dah tak sabar-sabar nak ke petrosains nih.
Jom Kenal-kenal serba sikit tentang Petrosains.
Petrosains adalah sebuah galeri penerokaan sains interaktif bagi semua lapisan umur.
Anda berinteraksi dengan sains menggunakan pancaindera: penglihatan,pendengaran,deria sentuh dan hidu.
Interaksi ini meliputi kesemua aspek sains dari yang mikroskopik hinggalah ke kosmik; dari dinosour pra-sejarah yang menggerunkan hingga ke dunia petroleum yang mempesonakan.
Kembara bersama beberapa petugas di Petrosains meneroka evolusi dan sains industri tenaga,di samping memberi tumpuan kepada sains asas dan penggunaan dalam kehidupan seharian.
Dengan gabungan pelbagai aktiviti secara praktikal dan pertunjukan sains secara langsung,anda akan mengalami pembelajaran yang menyeluruh,menarik dan mendalam.
Permulaan pengembaraan bermula dari pintu masuk kita akan diminta beratur untuk menaiki The Dark Ride . Satu pengembaraan yang mengagumkan dengan pengembaraan di dalam hutan hujan purba,lautan indah dan melayari pembangunan Malaysia ke arah sebuah negara. Part nih mama n papa yang excited walau dah 2 kali pergi tak bosan gak. Haha.
Jom belanja gambar adam khalish lagi.
Tak banyak benda adam khalish boleh main tapi mama dan papa lah kena terangkan banyak benda dari awal pointy masuk dia teruja tanya itu ini. Hehe
Mama yang excited hahaha |
Gambar atas nih masa adam khalish dan papa lalu laluan oil platform.
Hampir sejam pengembaraan kami isi perut dulu di Molecule Cafe dalam Petrosains nih.
Harga makanannya boleh tahan murah juga lah.
Nasi goreng kampung RM4
Pau RM2
Pastry kebanyakannya RM4
Air kami tak beli memang standby air.masak dalam botol dah siap-siap.
Sambung pengembaraan lagi setelah selamat mengisi perut haha.
Innovation lab nih tak sesuai lagi untuk umur adam khalish. Siap request kat mama lagi nanti kita datang lagi adam khalish nak buat arts nih. Seronok dia.
Ni kira last check point kitaorang dalam Petrosains nih. 3D Theater Movie selama 15 minit. Seronok pada awalnya je masa nih Adam Khalish. Dah masuk 5minit awal dah tidur.haha.
Kemudahan yang disediakan dalam Petrosains nih sangat selesa.
Sangat Mesra Bayi. Ada disediakan keperluan untuk bayi dimana disediakan kereta sorong bayi dan bilik khas untuk keperluan si comel seperti bilik menyusu.
Keselesaan untuk semua. Kerusi roda,lif dan tandas khas disediakan untuk warga emas dan orang kurang upaya sekiranya diperlukan. Kakitangan Petrosains juga telah dilatih untuk membantu mereka.
Haa bagi siapa yang nak tahu kat mana Petrosains nih, ikuti tips ringkas nih.
- Pintu masuk Petrosains ialah di Aras 4, Pusat Beli Belah Suria KLCC.
- Anda boleh menempah tiket anda terlebih dahulu.
- Elakkan lawatan pada musim cuti sekolah. Menunggu dalam barisan untuk ke dalam dan keluar dari Petrosains pada waktu puncak boleh mengambil lebih daripada setengah jam.
- Walaupun pintu masuknya kelihatan kecil, ruangan dalam Petrosains luas dan terdapat banyak model interaktif untuk si kecil anda terokai. Jangan masuk dengan perut kosong, dan hanya lawati jika anda dan anak-anak anda mempunyai lebih dari 2 jam untuk diluangkan.
Harga tiket Petrosains tahun 2016.
Admission Rates | |
---|---|
Senior Citizen (61 years & above) | |
With MyKad | RM 10.00 |
Non-MyKad | RM 15.00 |
Adult (13 – 60 years) | |
With MyKad | RM 20.00 |
Non-MyKad | RM 30.00 |
Child (3 – 12 years) | |
With MyKad | RM 8.00 |
Non-MyKad | RM 18.00 |
Child (2 years & below) | |
With MyKad | Free Admission |
Price is inclusive of GST at 6%.
Credit : http://www.petrosains.com.my/plan-your-visit/
Waktu beroperasi Petrosains .
Days | |
---|---|
Monday | |
Hours | CLOSED (except on Public Holidays and School Holidays) |
Tuesday – Friday | |
Hours | 9:30am – 5:30pm (Last Admission: 4:00pm) |
Saturday, Sunday & Public Holiday | |
Hours | 9:30am – 6:30pm (Last Admission: 5:00pm) |
*CLOSED on Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha.
School Holidays Special Operation Hours
Days | |
---|---|
School Holiday (Monday – Sunday) | |
Hours | 9:30am – 7:30pm (Last Admission: 6:00pm) |
Alhamdulillah memang menyeronokkan, kami sendiri mama papa Adam Khalish nih teruja sangat dan tak sangka belajar banyak perkara dalam nih.
Semoga info-info dalam entry ni bermanfaat buat anda ibu bapa yang ingin membawa anak-anak ke tempat menarik di Kuala Lumpur yang mana salah satunya Petrosains.
Selamat bercuti semua.
Besttt!!
ReplyDelete