Assalamualaikum semua.
Harini eqin nak kongsikan Tips Ringkas iaitu Tips Jaga Luka Bersalin Normal dan Pembedahan .
Oklah penjagaan khas bagi luka bersalin cara normal atau
Episiotomi mengambil masa selama 2 minggu untuk proses penyembuhan.
Tips jaga luka bersalin cara Normal adalah seperti berikut:
Kebersihan
1) Rendaman (sitz bath)
Bagi membantu membersihkan kawasan luka,lakukan rendaman dengan air suam.
Ini dapat membersihkan luka dan mengelakkan jangkitan. Setiap kali selepas ke tandas, anda boleh melakukan
sitz bath untuk mengelakkan infeksi.
Cara Cucian
Semasa membersihkan perineum, pastikan anda lakukan cucian dari depan ke belakang bagi mengelakkan jangkitan kuman dari kawasan dubur. Pastikan anda menukar pad bila perlu dan setiap kali selepas membuang air kecil atau air besar.
Elakkan Terlalu Lama Dalam Satu Posisi
Elakkan berbaring,berdiri atau duduk terlalu lama. Cuba untuk berjalan perlahan-lahan bagi membantu melancarkan peredaran darah. Anda juga boleh duduk di atas bantal atau padded ring untuk keselesaan.
Senaman Kegel
Memulakan senaman kegel pada hari anda melahirkan bagi membantu memulihkan otot, menggalakan aliran darah dan mempercepatkan pemulihan.
Tips Tambahan : Minum Banyak Air
Pengambilan air yang banyak sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari dapat menggantikan cecair dalam badan yang hilang dan mengelakkan sembelit serta membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
Perhatikan Tanda-tanda Jangkitan
Luka menjadi merah, merasa panas, membengkak dan terdapat cairan seperti nanah. Demam panas sehingga 38°C. Sakit yang semakin teruk di sekitar luka.
Ambil Ubat Jika Perlu
Ambil ubat tahan sakit apabila dirasakan perlu atas arahan doktor.
Elakkan Mengangkat Barang Berat
Hindari daripada mengangkat benda berat kerana ia akan memberi tekanan terhadap lantai pelvis dan abdomen anda.
Hubungan Seks
Luka bersalin normal atau
episiotomi mengambil masa antara 4 hingga 6 minggu untuk sembuh sepenuhnya. Oleh itu, hubungan seks boleh dilakukan selepas 4 hingga 6 minggu.
Tips Jaga Luka Bersalin Pembedahan @ C-Section
Proses penyembuhan luka bersalin pembedahan ni mengambil masa 4 hingga 6 minggu.
Pergerakan Awal
Ibu dinasihatkan bergerak seawal yang boleh selepas pembedahan bagi melancarkan peredaran darah.
Rehat
Ibu perlu rehat secukupnya.
Ampu Abdomen
Ampu abdomen berhampiran dengan luka semasa batuk & bersin.
Luka Bersih & Kering
Pastikan luka sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan. Keringkan luka dengan kain bersih dan kering secara lembut.
Pakaian Dalam Yang Sesuai
Pakai seluar dalam jenis cotton supaya peluh dapat diserap. Pakai seluar besar seperti maternity pants.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang dapat membantu proses penyembuhan luka bersalin normal dan pembedahan.
* Protein
Protein merupakan sumber nutrisi yang meningkatkan imuniti tubuh untuk melawan infeksi. Makanan tinggi protein ialah seperti ikan,putih telur dan ayam.
* Vitamin C
Vitamin C merupakan antioksidan yang baik bagi tubuh untuk mencegah penyakit dan penyembuhan luka. Vitamin C boleh didapati di dalam buah-buahan seperti kiwi,mangga,oren,betik dan juga sayur-sayuran hijau.
* Karbohidrat
Karbohidrat mengandungi glukosa yang penting sebagai sumber tenaga dan membantu menjaga sistem imun tubuh. Karbohidrat boleh didapati di dalam roti,nasi,barli dan juga oat.
* Zat Besi
Zat besi penting dalam pembentukan hemoglobin yang akan membawa oksigen. Oksigen ini penting dalam metabolism sel dan proses penyembuhan luka. Makanan sumber zat besi antaranya ialah kerang,hati dan daging merah.
Selain pemakanan diatas yang ibu perlu amalkan, ibu-ibu boleh juga ambil makanan tambahan bagi mengisi keperluan nutrisi dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Set Berpantang Shaklee
Dapatkan produk shaklee & konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com
PENGEDAR SHAKLEE IPOH, COD : kawasan sekitar IPOH ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)