Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Eqin doakan pengunjung yang membaca entry di blog ini semuanya dirahmati dan diberkati Allah swt.
Sejak kebelakangan ni, banyak insan terdekat eqin yang di serang strok ni. Semuanya berpunca dari tekanan darah yang tinggi. Yang menjadikan penyakit darah tinggi ni punca utama berlakunya strok ni.
Apa itu strok?
Strok berlaku disebabkan oleh masalah dengan bekalan darah ke otak; sama ada bekalan darah tersumbat atau saluran darah dalam otak pecah.
.
Strok merupakan sindrom klinikal yang berlaku apabila pembentukan beberapa tanda kehilangan fungsi otak sama ada setempat atau menyeluruh. Tanda-tanda ini akan kekal selama lebih daripada 24 jam atau sehingga menyebabkan kematian.
.
Risau sangat dengan serangan strok ni. Bukan sahaja boleh menyerang warga emas tetapi mereka yang muda belia juga kebanyakan kes yang eqin selalu perasan dan dengar berita muda-muda lagi dah kena mild stroke.
Terdapat 2 jenis strok yang utama:
1) Strok Iskemia
Strok iskemia terjadi apabila terdapat gangguan pengaliran darah ke otak. Gangguan ini menyebabkan ada bahagian otak yang tidak mendapat oksigen yang cukup dan tidak dapat berfungsi dengan betul. Penyebab utama strok jenis ini ialah masalah pada salur darah, sama ada salur darah menjadi sempit atau tersumbat yang disebabkan oleh pengumpulan lemak pada dinding salur darah.
Keadaan ini akan menggalakkan berlakunya pembekuan darah pada salur darah yang sempit yang disebut trombosis.
.
2) Strok Pendarahan
Strok pendarahan terjadi apabila pendarahan berlaku di tempat-tempat tertentu dalam otak.
Tanda dan Gejala Strok
Tanda strok bergantung kepada jenis,lokasi dan tahap teruknya bahagian otak yang terlibat.
Biasanya, pesakit strok akan mengalami tanda-tanda kegagalan saraf dengan tiba-tiba dalam masa beberapa minit atau jam. Tana-tanda ini akan berubah-ubah atau menjadi bertambah teruk.
Adakalanya strok berlaku pada waktu malam ketika pesakit sedang tidur. Apabila bangun pada pagi hari esoknya, pesakit mendapati sebahagian badannya menjadi lemah atau lumpuh.
Ini adalah antara tanda-tanda strok:
- Lemah atau lumpuh sebahagian atau sebelah tubuh badana
- Sukar untuk bercakap
- Sukar untuk menelan
- Masalah pada peglihatan dan deria bau
- Pergerakan menjadi tidak stabil
- Masalah pada daya ingatan dan tumpuan
Punca Utama Strok
Penyebab utama berlakunya strok adalah disebabkan oleh darah tinggi atau dalam bahasa perubatannya hipertensi .
Tekanan darah yang tidak dikawal boleh merosakkan salur darah dalam otak dan boleh akibatkan pendarahan.
Sebab itulah korang, pentingnya pemeriksaan tekanan darah ni untuk pengesanan awal kerana darah tinggi biasanya tiada tanda-tanda tetapi mempunyai faktor risiko yang berbahaya.
Sini kita tengok selain DARAH TINGGI sebagai punca utama kepada strok ni, punca lain adalah :
- Pertambahan usia
- Lelaki
- Sejarah keluarga mendapat strok
- Diabetes
- Merokok
- Pemakanan (pengambilan garam berlebihan dan lemak berlebihan)
- Alkohol
- Obesiti yang teruk
- Tidak bersenam
- Tahap kolestrol dalam darah yang tinggi
Cara Merawat Strok
✔ Segeralah ke hospital apabila seseorang individu itu mendapat tanda-tanda strok.
Rawatan strok ini bergantung kepada jenis strok,keluasan dan lokasi otak yang terlibat .
Hal ini hanya boleh dikenal pasti apabila imbasan otak dilakukan untuk rawatan awal bagi memeriksa keadaan bahagian otak.
✔ Rawatan awal serangan strok ini adalah untuk memastikan sama ada pengaliran darah ke otak mencukupi bagi strok iskemia dan pendarahan dapat dikawal bagi strok pendarahan.
✔ Pihak hospital mesti memastikan tekanan darah dan aras gula pesakit sentiasa dalam keadaan terkawal untuk mencegah berlakunya strok kali kedua.
✔ Risiko untuk mendapat strok kali kedua dianggarkan 4 peratus dalam tempoh satu bulan dan 12 peratus dalam tahun pertama.
✔ Mengekalkan jadual pemakanan adalah sangat penting untuk memastikan bahawa pesakit mendapat keperluan pemakanan yang secukupnya untuk proses pemulihan.
Jom ikuti testimoni pesakit strok yang masih muda di awal 30-an berjaya sembuh dengan izin Allah swt. Nak tahu apa rawatan beliau ambil boleh baca di sini
Jaga-jagalah diri kita sekeluarga terutama mak ayah kita yang ada penyakit darah tinggi ni sebab punca utama strok ini dah banyak berlakunya pada mereka yang ada masalah tekanan darah tinggi.
PM | Facebook : Fitriyatul Asyiqin
LIKE | Page : MamaKhalish Shoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com
COD : kawasan sekitar IPOH ( Kolej vokasional Lebuh Cator, cawangan shaklee Ipoh, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)
LIKE | Page : MamaKhalish Shoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com
COD : kawasan sekitar IPOH ( Kolej vokasional Lebuh Cator, cawangan shaklee Ipoh, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)
No comments:
Post a Comment