Sunday, 20 September 2015

Bangkok Mu Tunggu Aku Datang: Trip Percuma ke Bangkok Buat Semua Rakyat Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mama doakan semua yang singgah ke entry kalini dirahmati Allah swt dan sihat sentiasa hendaknya..Aamiinn..

Nak share sangat bersama kalian keterujaanku sekarang nih..

Korang suka tak kalau di offer trip percuma melancong yang super eksklusif?

Yeah siapa tak suka kan.

Macam mama sendiri memang tengah mengumpul duit nak melancong u olls.

Tiba-tiba  dapat berita dari bos besar shaklee tawaran istimewa buat seluruh rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai Pengedar Shaklee.




Of course ada syarat-syaratnya. Dan korang nak tahu tak?

Korang SEMUA pun layak tau untuk sama-sama join mama dalam trip percuma nih..


Syaratnya paling penting

1. Warganegara Malaysia

2. Menjadi Pengedar Shaklee yang berdaftar

3. Naik Rank Supervisor dan effective 4 bulan

Cara-cara yang mudah je nak naik rank mama ajarkan dalam group Shaklee Awesome Fighters mama nanti ok.

Paling best mama nak cakap nih kenapa korang kena daftar jugak bulan nih September ataupun peluang terakhir bulan depan Oktober 2015?

Sebabnya korang akan layak dapat PERCUMA VITAMIN TERTUA MULTIVITAMIN VITALEA nih tau.

Daftar ahli beli 1 produk atleast dapat dah vitamin. Best kan?


Percuma Vitamin No.1 Dunia



Baru rasa perasaan berada di Bangkok tu .hihi

Ouh ya lupa nak mention sekali trip nih bukan je hotel penginapan 5 bintang dan siap makan ditaja tapi juga siap sekali shaklee bagi duit shopping u olls.

Ya Allah tak sabar wehhhh..

Jom layan video sat.

                 .              .



Teruja tak korang??

Jadi apa Tunggu lagi?

Bangkok dah Tunggu kita ke sana beramai-ramai.

Jadi jom sertai mama dan family shaklee kita ke Bangkok!

Macam mana nak join jadi ahli shaklee dan Pengedar shaklee?

Jom daftar dengan mama sekarang.

Whatsapp mama,

017-5553865


Dapatkan konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari mama.

PM | Facebook : https://www.facebook.com/fitriyatulasyiqin.mohdrudin
LIKE | Page : https://www.facebook.com/mamakhalishshoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com

COD : kawasan sekitar IPOH ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)










Friday, 10 July 2015

5 Punca Jerawat Penuh Di Muka Suami Tak Suka Teman Lelaki Curang


Amalan penjagaan wajah yang salah pastinya akan menghalang anda memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat. Ramai yang mengamalkan penjagaan kulit yang salah namun tidak menyedari gara-gara kurang pengetahuan.




Berikut adalah antara amalan yang anda terlepas pandang:

1) Memakai SABUN



Sabun hanya akan membuatkan kulit dehidrasi, sebaiknya gunakan pembersih muka yang lembut. Sabun akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit yang diperlukan. Sabun itu adalah bahan pencuci seeloknya jangan menggunakan sabun untuk membersihkan muka.

2) Tidak membersihkan wajah sepatutnya



Jangan tunggu sampai waktunya tidur untuk membersihkan wajah. Selepas keluar dari rumah , bersihkan wajah dan sapukan produk perawatan kulit. Selain itu, tetap cuci muka meski anda tidak mengenakan mekap. Anda perlu membersihkan wajah dari pencemaran dan debu. Ramai yang membersihkan wajah di pagi hari tapi lupa untuk melakukannya sekali lagi di malam hari. Sebenarnya malam lebih penting, kerana kulit perlu berehat dalam keadaan bersih. Tapi kita malam lah paling malas kan hehe nak-nak bila dah letak muka ke bantal memang tak hingat dah. Paling afdhal amek wudhuk sebelum tidur makin berseri wajah gitu tidur dalam iman chewah..hehe


3) Tak memakai krim mata




Jangan teragak-agak membeli krim mata yang harganya mahal. Yang murah pun ada gak kat pasaran. Gunakan pagi dan malam. Mata merupakan bahagian pertama diwajah yang menunjukkan penuaan. Produk yang diformulasi untuk bahagian mata mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh mata berbanding pelembap biasa. Jangan abaikan bahagian mata, jika tidak anda mungkin mengalami masalah kantung mata yang membuat penampilan tidak segar. Paling popular dari zaman mak nenek kita dulu potong timun sejuk dari dalam peti ais tepek kat mata. Waaahhh segar mata.. ok jom buat malamni. Ni paling jimat hokeh..hehe


4) Kurang minum air putih



Air putih atau air masak atau air jarang adalah pelarut semulajadi . Air putih membantu memecahkan masalah kulit dari dalam. Air mengenyalkan kulit dan membantu perjalanan darah. Sebaiknya anda minum air sebelum benar-benar merasa haus. Nak-nak musim panas melanda negara kita sekarang nih memang wajib minimum 3liter air sehari okeh baru kulit moist je tanda kita ambil air yang cukup gitu.

5) Tidak memakai krim pelindung


Gunakan krim pelindung UV yang mengandungi SPF setiap hari. Tiada istilah terlambat untuk melindungi kulit anda dari sinar matahari. Biarpun lambat mengenakan krim tersebut di waktu matahari sudah meninggi, ia tetap ada perbezaan. Menggunakan krim ini setiap hari akan melindungi kulit daripada kedutan yang datang lebih awal serta jeragat yang mencacatkan penampilan wajah.

Bahana jerawat!!!

Jerawat yang muncul bukan sekadar benjolan merah,kerana ia boleh menyebabkan kesan lain.

Jerawat yang sukar diubati, sakit, gatal, panas, menampakkan pembuluh darah dan membengkak perlu ditangani melalui rawatan doktor.

Ada sesetengah kes jerawat begini menyebabkan masalah kesihatan lain seperti demam.

Sebelum jerawat menyerang, ada baiknya anda melakukan rawatan rutin seperti dibawah;


  • Komedo atau 'blackheads' termasuk jenis jerawat ringan dan tidak meradang. Ia boleh ditangani oleh produk perawatan khusus, misalnya pengecil pori. Namun ia perlu digunakan secara rutin , kerana bila anda berhenti memakainya ,komedo akan muncul kembali.
  • Bersihkan wajah secara teratur agar jerawat tidak menghampiri kulit. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda.
  • Hindari memicit jerawat yang sudah timbul kerana kotoran ditangan anda boleh menyebabkan peradangan serta memburukkan lagi keadaan jerawat.

Dalam video yang mama share kat bawah ni perkongsian dari seorang akak ni yang merana 7tahun disebabkan jerawat nih.




Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

Friday, 3 July 2015

Nak Kurangkan Bengkak Susu Tak Sangka Berat Ideal Yang Dapat

Siapa yang tak suka kan lepas bersalin dapat kembali berat asal malah dapat pula berat ideal kembali langsing kembali cantik menawan buat suami mr perfect 10.



Itu tak terjadi pada mama . Hihi. Lepas bersalinkan adam khalish memang berat kembali seperti sebelum mengandung tapi mama makan dengan bersungguh maka berat naik dengan cemerlangnya haha sebab alasannya menyusukan adam khalish.

Jadi nak salahkan siapakah ??? Haha

Adam Khalish ke yang bersalah? Hehe oh no no . Syukur alhamdulillah Allah swt izinkan dan berikan mama hadiah pinjaman khalifah kecil ahli syurga nih dan 4 jun 2015 yang lepas genap dah penyusuan adam ke 2 tahun.

Siapa yang tak happy kan? Dapat menyusukan susu badan sepenuhnya selama 2 Tahun.

Boleh baca lebih detail disini pertama kali mama jatuh cinta dengan shaklee Kisah cinta shaklee

Ok korang semua ada tak 1 penyakit nih?
Penyakit susahnya nak konsisten makan apa-apa produk yang korang beli. Tak kisah lah dari part makan minum tepek-tepek ke wajah ke lulur ke hehe konsisten tu susah sangat kan.

Bila tak konsisten maka mulalah blame produk tu tak berkesan lah itu lah ini lah.

Hehe kisah mama mula konsisten makan set menyusu shaklee nih bila bulan disember 2014 yang lepas baru balik dari kelas coaching dengan super upline mama kat Johor Bharu. Sebabnya berlakunya bengkak susu yang terlampau lepas balik kelas tu sebab adam demam mama gigih gak nak ke kelas. Dah balik ke batu pahat adam tak nak pulak menyusu. Kurang menyusu kalau time demam.

Teruslah papa adam hulur ke mama lecithin dengan ostematrix.
Demam menggigil-gigil mama malam tu. Dari 3biji lecithin ke 5 biji ke 6biji ke beberapa biji seterusnya memang lega bengkak susu tp nak lagi lega guna jugak tips tekap pakai kobis dan urut pakai sikat tu. Hehe..

Lepas lebih kurang 3bulan jengjengjeng...



                         Mama dapat berat ideal mama semula

Hehe tak sangka sangat- sangat sebenarnya. Itupun perasan bila lepas pergi health talk kat branch jumpa pakar nutrisi untuk cek kesihatan.

Nak tahu apa yang mama amalkan??


Inilah set yang mama amalkan mama add on sekali herbalax untuk mudah detoxs.

Memang best kalau kena cara dan jadual makan yang betul tambah lagi satu KONSISTEN..hehehe

Dapatkan konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari mama.

PM | Facebook : https://www.facebook.com/fitriyatulasyiqin.mohdrudin
LIKE | Page : https://www.facebook.com/mamakhalishshoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com
COD : kawasan sekitar IPOH ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)


Thursday, 2 July 2015

Tips Memilih Permainan Anak untuk Peningkatan Minda Mengikut Umur

Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang mereka lihat di sekelilingnya. Sebab itulah kita digalakkan menyediakan persekitaran yang positif dan kondusif buat anak termasuklah menyediakan barang mainan yang betul mengikut usia. Serba sedikit mama kongsikan harini panduan dan tips-tips cara memilih barang mainan dengan betul.


Pilihan mainan mengikut peringkat umur :

Terdapat alat-alat permainan yang direka untuk memberi tumpuan kepada kemahiran pembangunan yang disesuaikan dengan beberapa peringkat umur.

Bayi baru lahir hingga 9bulan :


  • Mainan yang melibatkan deria 
  • Mobil
  • Mainan kerincing
  • Mainan boleh mamah
  • Buku bod
  • Buku kain
  • Punca dan tindak balas 
  • Mainan 'pop up'
  • Busy box
Permainan Mobil


Bayi 9 hingga 18 bulan

  • Mainan yang meniru kehidupan sebenar
  • Peralatan plastik
  • Makanan mainan
  • Haiwan ladang
  • Busy book
* seawal usia ini ibu-ibu boleh kenalkan anak-anak dengan mainan busy book yang sedang hangat di pasaran sekarang. Ianya bagus untuk melatih perkembangan kemahiran motor anak-anak.

Comel dan menarik mimat si kecil


bermain dengan zip

comel kan menguji ingatan anak

Busy book


Bayi 18 hingga 36 bulan:

  • Mainan penyelesaian masalah
  • Permainan yang lengkap lekap
  • Mainan tolak dan tarik 
  • Bola

Penting untuk ibu-ibu memilih barangan mainan untuk perkembangan seluruh anggota badan anak.

Barangan yang membantu anak-anak menggunakan tangan untuk rekaan:


  • Doh 
  • Krayon / bod conteng
  • Cat jari
Mainan yanb membantu anak-anak menggunakan imaginasi:

  • Pakaian berhias
  • Boneka
  • Patung haiwan yang lembut
  • Busy book
Banyak sangat jenama terkenal permainan kanak-kanak yang banyak menguji minda ini seperti Fisher price, Leap frog, Little tikes tak kurang juga jenama tempatan yang boleh didapati di pasaraya biasa . Yang penting seeloknya elakkan anak-anak bermain dengan gadget yang bukan sahaja tak elok untuk mata mereka tetapi juga akan datangkan mudarat pada penglihatan malah hilang fokus kerana sentiasa tertumpu kepada gadget.

Jadi carilah jalan untuk menyokong dan membentuk kemahiran yang sesuai dengan umur anak-anak anda melalui permainan berasaskan interaksi.

Pastinya barang mainan yang digunakan akan menjadi alat pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih berkesan untuk perkembangan minda anak-anak.

Inilah contoh busy book...

Tak sabar mama menunggu giliran order untuk busy book adam nanti.








Wednesday, 1 July 2015

Tak sangka darah tinggi mak saya jadi normal sebabkan 1 permintaan saja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Saya doakan semoga pembaca mamakhalish yang berkunjung ke blog saya dilimpahi rahmat oleh Allah swt.

Alhamdulillah kalini saya nak kongsikan kisah mama saya tersayang nenek kepada Adam Khalish. Ibu saya tersayang jantung hati saya.

Mama saya seorang pesakit darah tinggi dan kencing manis. Sekaeang masih lagi bersama ubat-ubat farmasi yang dibeli setiap bulan bagi memastikan kesihatan dan paras diabetes serta darah tinggi berada pada paras yang terkawal.

Saya ringkaskan cerita, bermulanya kisah di mana mama membuat 1 permintaan .

Permintaan ini bermula apabila mama mula mengadu sakit tangan lenguh2 jari jemari dan tidak dapat genggam dengan baik dan dalam masa yang sama kejang2 urat di bahagian jemari.

Maka bermulanya 1 permintaan mama minta saya supplement semulajadi vivix yang mana masa itu sedang berlangsungnya promosi vivix tak salah saya bulan januari 2015 yang lepas.

Sebelum itu mama saya sudah pun mengamalkan set sendi shaklee iaitu omega guard,ostematrix serta advance joint health tablet. Alhamdulillah saya lihat sendiri mama solat bangun beridiri dengan baik. Terima kasih Allah izinkan mama solat dalam keadaan yang sihat dan sempurna.

Kisah permintaan vivix dilanjutkan. Maka saya pun minta kepada upline saya untuk poskan ke mama tercinta sebotol vivix. Sebelum pos saya minta mama pergi jumpa doktor untuk dapatkan konsuntasi doktor secara lebih mendalam tetapi mama tak nak. Jadi bermulalah cerita cinta mama bersama vivix.

Setelah 5 hari mama ambil vivix fokus untuk atasi masalah jemari mama yang sakit tu saya pun follow up mama semula untuk tanya khabar sedangkan memang hari-hari saya hubungi mama di telefon walaupun jarak memisahkan kami tapi rasa sentiasa dekat di hati. Alhamdulillah syukur Ya Allah dengan izin Allah juga mama cakap dah kurang sakit pada jari jemari mama dan dah boleh genggam.

Allahuakbar siapa yang tak gembira kan dapat berita begini nak-nak dari ibu sendiri.
Dan setelah mengamalkan hampir 2 botol checkup seterusnya darah tinggi mama kembali normal dan doktor cakap kat mama boleh makan daging seperti biasa sebab darah dah normal.

Syukur Ya Allah..


Mama bersama vitamin semulajadi kesayangannya


Alhamdulillah kebetulan pula bulan ni promosi vivix mama memang suka sangatlah. Dan adam khalish pun pantang nampak poster ke vivix punya botol nih mesti dah tahu dan sebut 'nenek -nenek' tanda nak cakap ni vitamin neneknya. Hehe

Oh ya kawan-kawan yang nak cuba berikan buat ibu-ayah tersayang boleh dapatkan bulan ni promosi berlangsung selama sebulan sepanjang Julai 2015.

Terima kasih sudi membaca bertemu di entry yang lain pula.


Dapatkan konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin.

PM | Facebook : https://www.facebook.com/fitriyatulasyiqin.mohdrudin
LIKE | Page : https://www.facebook.com/mamakhalishshoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com


COD : kawasan sekitar IPOH ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)

Tips atasi rambut gatal di musim panas bagi yang bertudung


Tips atasi rambut gatal di musim panas bagi yang bertudung.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Didoakan semoga semua pembaca mamakhalish dilimpahkan rahmat oleh Allah swt...

Salam 14 Ramadhan...
Semoga bulan Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua dan amalan kita diterima mudah-mudahan dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Syukur Alhamdulillah. Hari ini insyaAllah mama nak share tentang aset wanita yang juga merupakan mahkota seorang wanita iaitu tips-tips macam mana nak dapatkan rambut yang sihat terutamanya dikalangan mereka yang bertudung.

Baiklah mama nak petik sedikit ayat dari pendandan rambut terkenal yang juga pemilik salon rambut di The Curve,Kota Damansara iaitu Bambang Sutrisno Soteto, menurut beliau  majoriti wanita kat Malaysia ni mempunyai wajah dan kecantikan semulajadi namun kerana tiadanya ilmu, sikap tidak ambil peduli dan tidak memberi penjagaan sebaiknya pada aset mereka ini,maka kecantikan wanita tersebut langsung tidak terserlah. 

Bagi kita golongan muslimah penting kebersihan rambut ini dijaga rapi terutamanya bagi mereka yang sudah berumahtangga kecantikan buat si suami itu merupakan kewajipan bagi seorang isteri walaupun di rumah penampilan dengan gaya rambut serta kebersihan rambut mesti dititik beratkan.

Dah sinonim jugak kan nak nak masa sambutan Tahun Baru Cina pasti penuh salon rambut beratur mereka nak nampak berbeza di musim perayaan Tahun Baru.

Seperti juga kita muslimah-muslimah yang berebut-rebut beli macam-macam shawl tetapi tak kurang juga ada yang dah siap-siap fikir gaya rambut untuk raya nanti mama juga tak ketinggalan. Hehe..

Antara masalah rambut yang dihadapi oleh mereka yang bertudung terutama di musim panas melampau:

1) Mengalami kegatalan dan kemerahan berkudis dan lebih teruk dijangkiti fungus dibahagian kulit kepala

2) Rambut berbau

3) Rambut berkelumumur

4) Keguguran Rambut

5) Rambut bercabang

6) Rambut berbuah

Tips -tips macam mana nak atasi masalah rambut dikalangan mereka bertudung :

1) Tak susah pun cuma yang penting DISIPLIN dengan kebersihan rambut.

2) Mula belajar cari syampu yang betul yang sesuai dengan rambut anda.

3) Pastikan rambut betul-betul kering sebelum menggayakan tudung .

4) Pemilihan tudung juga memainkan peranan yang penting. Pilihlah tudung daripada material kapas ianya sangat disarankan kerana ia mampu memberi pengaliran udara yang baik supaya kulit kepala daoat bernafas dengan sempurna.

5) Buatlah sedikit pelaburan untuk membeli supplemet atau makanan tambahan untuk menyuburkan rambut dan kembalikan rambut yang sihat.

Kalau nak cuba supplement untuk penjagaan Rambut Gugur ini pilihan terbaik.

 VITAMIN SEMULAJADI ATASI RAMBUT GUGUR


VITAMIN SEMULAJADI ATASI RAMBUT KELUMUMUR




Dapatkan konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin.

PM | Facebook : https://www.facebook.com/fitriyatulasyiqin.mohdrudin
LIKE | Page : https://www.facebook.com/mamakhalishshoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com
COD : kawasan sekitar IPOH ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)