Thursday, 2 July 2015

Tips Memilih Permainan Anak untuk Peningkatan Minda Mengikut Umur

Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang mereka lihat di sekelilingnya. Sebab itulah kita digalakkan menyediakan persekitaran yang positif dan kondusif buat anak termasuklah menyediakan barang mainan yang betul mengikut usia. Serba sedikit mama kongsikan harini panduan dan tips-tips cara memilih barang mainan dengan betul.


Pilihan mainan mengikut peringkat umur :

Terdapat alat-alat permainan yang direka untuk memberi tumpuan kepada kemahiran pembangunan yang disesuaikan dengan beberapa peringkat umur.

Bayi baru lahir hingga 9bulan :


  • Mainan yang melibatkan deria 
  • Mobil
  • Mainan kerincing
  • Mainan boleh mamah
  • Buku bod
  • Buku kain
  • Punca dan tindak balas 
  • Mainan 'pop up'
  • Busy box
Permainan Mobil


Bayi 9 hingga 18 bulan

  • Mainan yang meniru kehidupan sebenar
  • Peralatan plastik
  • Makanan mainan
  • Haiwan ladang
  • Busy book
* seawal usia ini ibu-ibu boleh kenalkan anak-anak dengan mainan busy book yang sedang hangat di pasaran sekarang. Ianya bagus untuk melatih perkembangan kemahiran motor anak-anak.

Comel dan menarik mimat si kecil


bermain dengan zip

comel kan menguji ingatan anak

Busy book


Bayi 18 hingga 36 bulan:

  • Mainan penyelesaian masalah
  • Permainan yang lengkap lekap
  • Mainan tolak dan tarik 
  • Bola

Penting untuk ibu-ibu memilih barangan mainan untuk perkembangan seluruh anggota badan anak.

Barangan yang membantu anak-anak menggunakan tangan untuk rekaan:


  • Doh 
  • Krayon / bod conteng
  • Cat jari
Mainan yanb membantu anak-anak menggunakan imaginasi:

  • Pakaian berhias
  • Boneka
  • Patung haiwan yang lembut
  • Busy book
Banyak sangat jenama terkenal permainan kanak-kanak yang banyak menguji minda ini seperti Fisher price, Leap frog, Little tikes tak kurang juga jenama tempatan yang boleh didapati di pasaraya biasa . Yang penting seeloknya elakkan anak-anak bermain dengan gadget yang bukan sahaja tak elok untuk mata mereka tetapi juga akan datangkan mudarat pada penglihatan malah hilang fokus kerana sentiasa tertumpu kepada gadget.

Jadi carilah jalan untuk menyokong dan membentuk kemahiran yang sesuai dengan umur anak-anak anda melalui permainan berasaskan interaksi.

Pastinya barang mainan yang digunakan akan menjadi alat pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih berkesan untuk perkembangan minda anak-anak.

Inilah contoh busy book...

Tak sabar mama menunggu giliran order untuk busy book adam nanti.








1 comment:

  1. Wah baru tahu mainan anak2 pun ada pringkat umur selama ni main beli je.

    ReplyDelete