Tips atasi rambut gatal di musim panas bagi yang bertudung.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Didoakan semoga semua pembaca mamakhalish dilimpahkan rahmat oleh Allah swt...
Salam 14 Ramadhan...
Semoga bulan Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua dan amalan kita diterima mudah-mudahan dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Syukur Alhamdulillah. Hari ini insyaAllah mama nak share tentang aset wanita yang juga merupakan mahkota seorang wanita iaitu tips-tips macam mana nak dapatkan rambut yang sihat terutamanya dikalangan mereka yang bertudung.
Baiklah mama nak petik sedikit ayat dari pendandan rambut terkenal yang juga pemilik salon rambut di The Curve,Kota Damansara iaitu Bambang Sutrisno Soteto, menurut beliau majoriti wanita kat Malaysia ni mempunyai wajah dan kecantikan semulajadi namun kerana tiadanya ilmu, sikap tidak ambil peduli dan tidak memberi penjagaan sebaiknya pada aset mereka ini,maka kecantikan wanita tersebut langsung tidak terserlah.
Bagi kita golongan muslimah penting kebersihan rambut ini dijaga rapi terutamanya bagi mereka yang sudah berumahtangga kecantikan buat si suami itu merupakan kewajipan bagi seorang isteri walaupun di rumah penampilan dengan gaya rambut serta kebersihan rambut mesti dititik beratkan.
Dah sinonim jugak kan nak nak masa sambutan Tahun Baru Cina pasti penuh salon rambut beratur mereka nak nampak berbeza di musim perayaan Tahun Baru.
Seperti juga kita muslimah-muslimah yang berebut-rebut beli macam-macam shawl tetapi tak kurang juga ada yang dah siap-siap fikir gaya rambut untuk raya nanti mama juga tak ketinggalan. Hehe..
Antara masalah rambut yang dihadapi oleh mereka yang bertudung terutama di musim panas melampau:
1) Mengalami kegatalan dan kemerahan berkudis dan lebih teruk dijangkiti fungus dibahagian kulit kepala
2) Rambut berbau
3) Rambut berkelumumur
4) Keguguran Rambut
5) Rambut bercabang
6) Rambut berbuah
Tips -tips macam mana nak atasi masalah rambut dikalangan mereka bertudung :
1) Tak susah pun cuma yang penting DISIPLIN dengan kebersihan rambut.
2) Mula belajar cari syampu yang betul yang sesuai dengan rambut anda.
3) Pastikan rambut betul-betul kering sebelum menggayakan tudung .
4) Pemilihan tudung juga memainkan peranan yang penting. Pilihlah tudung daripada material kapas ianya sangat disarankan kerana ia mampu memberi pengaliran udara yang baik supaya kulit kepala daoat bernafas dengan sempurna.
5) Buatlah sedikit pelaburan untuk membeli supplemet atau makanan tambahan untuk menyuburkan rambut dan kembalikan rambut yang sihat.
Kalau nak cuba supplement untuk penjagaan Rambut Gugur ini pilihan terbaik.
VITAMIN SEMULAJADI ATASI RAMBUT GUGUR
Dapatkan konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin.
PM | Facebook : https://www.facebook.com/fitriyatulasyiqin.mohdrudin
LIKE | Page : https://www.facebook.com/mamakhalishshoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com
COD : kawasan sekitar IPOH ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)
No comments:
Post a Comment