Thursday, 20 April 2017

8 Tips Kempiskan Perut Dan Ramping Agar Dapat Berkebaya di Pagi Raya

Perut yang buncit atau boroi bukan sesuatu yang diingini. Meskipun bagi lelaki berkahwin, perut buncit melambangkan bahagia tetapi tidak bagi wanita. Ianya menjejaskan penampilan dan perut yang buncit menandakan anda makan berlebihan sekaligus mengundang pelbagai penyakit.

        


Tambah tertekan bagi kaum wanita,apabila impian untuk kempiskan perut dan ramping untuk berkebaya di Pagi Raya hanya tinggal angan-angan gara-gara tak sempat nak berdiet. Tahun ni pula dihangatkan lagi dengan trend atau musim baju kebaya atau kebarong kan. Lagilah kakak-kakak kita ni sama-sama pulun kempiskan perut buncit dan nak ramping gara-gara nak berkebaya di Pagi Raya.


Kak Eqin pun tak kurang jugaklah tengah semangat berkobar nak kempiskan perut nih. Kalaulah semudah meratakan doh kuih hanya lenyek je kan senang. Tapi taklah semudah itu. Ada juga cara mudah nak surutkan perut buncit tapi belum tentu dijamin selamat dan berkesan.

Sebab itulah kak Eqin ikut 8 Tips Kempiskan Perut Buncit dan Ramping ini.


1. Makan Makanan Yang Betul         

                   


Jika anda berazam nak mengempiskan perut maka anda perlu mengubah cara pemakanan. Praktikkan pemakanan seimbang dalam setiap hidangan kerana diet yang betul boleh membuang lemak dibahagian perut. Makanan yang seimbang harus mengandungi karbohidrat kompleks,serat,vitamin dan mineral dan protein.


2. Tinggalkan Makanan Ringan
                   
       

Makanan ringan dan makanan segera tidak baik untuk kesihatan. Ia akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Anda perlu mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses,gula,makanan bergoreng,makanan segera dan apa jua makanan berlemak.


3. Berhenti Makan Lewat Malam
                   


Kebanyakan daripada kita akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna gula berlebihan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa tidur.


4. Elak Minuman Bergula
                    


Soda,jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori yang akan merosakkan usaha anda mengempiskan perut. Sebaiknya ganti semua minuman ini dengan air putih.

Air putih akan memudahkan anda menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa sebagai alternatif jika perlu. Minum air limau juga dikatakan boleh mempercepatkan metabolisme anda. Cuba perah limau ke dalam segelas air sejuk dan jadikan ia minuman harian anda.


5. Lakukan Senaman Kardio



Senaman kardio amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging,berjalan dan menaiki tangga.


6. Kurangkan Garam   


                    



Garam menyebabkan tubuh mengekalkan air dan membuatkan anda kelihatan kembung terutama di bahagian abdomen. Jika boleh,cuba gantikan makanan yang tinggi kandungan garam dengan pilihan yang lebih sihat.


7. Makan Produk Tenusu Rendah Lemak

                
   
Beralih dari produk tenusu yang tinggi lemak kepada pilihan rendah lemak,yang kaya dengan protein dan vitamin B6.


8. Pilih Makanan Rendah Indeks Glisemik


                       


Makanan ini mengambil masa yang lama untuk dicerna maka anda berasa kenyang lebih lama. Badan perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya dapat mengelakkan kejatuhan gula secara mendadak dalam darah anda sehingga waktu makan berikutnya.




Anda juga boleh mencuba Suplemen lengkap  Shaklee untuk nutrisi seimbang diet harian juga sesuai untuk penurunan berat badan bagi membantu anda mengempiskan perut dan ramping di Pagi Raya.

                      


Agaj-agak korang dah berjaya ikut semua 8 tips kak Eqin kat atas nih,perut pun dah kempis dan ramping bolehlah korang start shopping baju kebaya yang tengah trending sekarang nih untuk pakai di pagi raya hehe.

                             

Okeh nak beli vitamin shaklee boleh roger kak eqin ya.

Dapatkan produk shaklee & konsultasi secara percuma insyaAllah terbaik dari eqin

PM | Facebook : Fitriyatul Asyiqin
LIKE | Page : MamaKhalish Shoppe
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 017-5553865
BLOG : mamakhalishshoppe.blogspot.com
EMAIL : mamakhalishshoppe@gmail.com

PENGEDAR SHAKLEE BATU PAHAT COD : kawasan sekitar BATU PAHAT( Parit Raja,UTHM Universiti Tun Hussein Onn, Sri Gading, Pura Kencana, Air Hitam, Kluang ) PENGEDAR SHAKLEE IPOH COD ( KV Lebuh Cator, Hospital Ipoh, Ipoh Parade,Jusco Ipoh, Meru, Manjoi)

Pengedar Shaklee Parit Raja
Pengedar Shaklee Batu Pahat 
Pengedar Shaklee Ipoh 
Pengedar Shaklee Kulim 
Pengedar Shaklee Langkawi 
Pengedar Shaklee Melaka 
Pengedar Shaklee Cheras 
Pengedar Shaklee Bangi 
Pengedar Shaklee Nilai 
Pengedar Shaklee Pekan 
Pengedar Shaklee Kuantan 


No comments:

Post a Comment